Sempena hari lahir Raihan yang ke-3 tahun, mama sediakan kuih Polkadot yang gistimewa.
MY LIFE...YESTERDAY ,TODAY "N" TOMMOROW
Thursday, April 5, 2012
APAM POLKADOT BUAT RAIHAN...
Sempena hari lahir Raihan yang ke-3 tahun, mama sediakan kuih Polkadot yang gistimewa.
Monday, November 21, 2011
KISAH ORANG BARU...
Setelah 30 minit dilahirkan, 3.7kgSaturday, January 8, 2011
8 hari di tahun 2011
aku rasakan masa itu cepat berlalu
meninggalkan aku
yang terus mengorak melangkah
di dalam perjuangan hidup ini
Setelah 8 hari berlalu
Aku masih di sini
Penuh dengan harapan
Meninggalkan segala kenangan
Yang menjadi kenyatan
suatu masa dulu
Setelah 8 hari berlalu
Mungkinkah apa yang kuimpikan
akan menjadi sesuatu yang pasti?
Nukilan pada 9 januari 2011
12.20 a.m
Friday, December 10, 2010
Saturday, October 30, 2010
LEMPENG oh LEMPENG...
Friday, August 6, 2010
KENANGAN MANIS DI CAMERON HIGHLAND
Persiapan ke sana aku buat awal2 lagi terutama utk anak2 kesayanganku...terutama sweater memandangkan nak bermalam di sana...nanti sejuk sgt...Kira2 4 jam perjlanan hampir pukul 9 mlm , kami tiba di Tanah Rata, dan bermalam di Hotel Cool Point. Keesokan harinya, kami pergi berkunjung ke Taman Teknologi Mardi. Setelah sejam di sana, kami teruskan melawat kawasan Brinchang. Tak lupa berkunjung di Raju Strawbery's Farm...makan aiskrim strawberi dan waffle strawberi...shopping di Kea Farm...Sebelah petang, berkunjung di Butterfly Farm, Rose Valley...ambil kesempatan minum air teh di Cameron Valley Tea Farm...kesimpulannya mmg seronok dan ingin pergi lagi ke sana nanti
Tuesday, July 6, 2010
DURIAN OH DURIAN!
Durian merupakan tumbuhan dari genus Durio yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Ia banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur.
Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar. Buah ini boleh membesar sehingga 30 cm (12 in) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya mempunyai berat antara satu hingga tiga kg (2 hingga 7 lb). Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri yang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk. Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih.
Ramai orang menganggap durian sebagai buah yang sedap, ia dipanggil "raja buah" oleh penduduk tempatan. Sebahagian orang barat yang tidak tahan dengan baunya telah menggambarkan buah durian dengan gambaran seperti "makan kastard dalam tandas awam". Terdapat juga gambaran bau durian sebagai bau lori sampah yang baru sahaja melanggar skunk. (Sumber: Wikipedia)



